SANGKAAN atau kepercayaan khurafat bahawa kononnya Safar membawa bala dan musibah berlaku sejak dulu lagi. Bagi masyarakat yang tidak usul periksa, terus menerima serta mempercayainya.
Sebagai natijahnya, kepercayaan karut-marut itu terus membelenggu mereka yang lemah jiwa dan imannya hatta terus membudayakan amalan berbau syirik itu.
Kepercayaan ada perkara sial atau bala pada sesuatu hari, bulan dan tempat itu sesungguhnya adalah sebahagian kepercayaan orang jahiliah sebelum kedatangan Islam.
Manakala amalan bersuka ria dan mandi-manda pada Safar pula dikatakan ada kaitan dengan perbuatan orang Yahudi. Perbuatan itu diriwayatkan berlaku ketika Nabi SAW sedang gering pada bulan Safar, iaitu tatkala Baginda kian menghampiri saat kewafatannya.
Kaum Yahudi yang benci kepada Nabi SAW rasa senang dan gembira mendengar berita Baginda sedang sakit.
Sebagai melahirkan rasa kegembiraan dan kesukaan, mereka mengadakan pesta mandi-manda.
Ada juga pendapat yang mengaitkan amalan mandi-manda sama ada di sungai atau di pantai pada bulan Safar itu dengan upacara keagamaan penganut Hindu yang mandi di sungai Ganga di India, tujuannya untuk mensucikan diri daripada dosa.
Sesungguhnya Allah tidak menetapkan bahawa sesuatu hari ataupun bulan tertentu itu mendatangkan bala atau membawa perkara buruk. Ini bererti bulan Safar seperti juga bulan yang lain tidak menjanjikan perkara buruk berlaku.
Seseorang boleh ditimpa musibah meskipun dia duduk senang-lenang di rumah kerana yang menentukan untung nasib atau keadaan hidupnya bukanlah hari, bulan dan kemewahan harta benda, akan tetapi semua urusan sama ada yang baik mahupun buruk itu sebahagian daripada ketentuan Ilahi.
Oleh hal yang demikian, menghindari sesuatu bencana bukanlah dengan cara mandi tolak bala atau menjamu makhluk halus yang dikatakan sebagai penyebab sesuatu musibah.
Cara yang sepatutnya ialah memohon pertolongan Allah dengan berdoa kepada-Nya, mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya terutama sekali perbuatan yang berbau syirik atau mempersekutukan Allah.
Syirik atau mempercayai ada kuasa lain selain Allah adalah satu kesalahan yang dosanya tidak diampunkan Allah.
Firman Allah yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia dan Dia mengampuni dosa yang selain daripada syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya dia tersesat sejauh-jauhnya.” (Surah An-Nisaa, ayat 116).
Justeru, masyarakat Islam mesti didedahkan dengan bahaya syirik supaya mereka dapat membezakan apakah pekerjaan dan perkataan mereka selama ini mengandungi unsur syirik atau sebaliknya.
Ia penting bagi mengelakkan diri daripada membawa amalan kosong tatkala menghadap Allah kelak di padang Mahsyar.
Perlu disedari dan diinsafi bahawa setiap muslim diwajibkan menghindari musibah dan mengatasi musibah yang menimpa dirinya. Contohnya ialah seseorang itu mesti menjaga kesihatan supaya tidak terkena penyakit.
Tetapi apabila sakit, maka hendaklah berusaha mengubati penyakit itu sambil bertawakal kepada Allah supaya sembuh.
Usaha yang harus dilakukan oleh manusia untuk menghindari musibah bukan hanya dengan menghadapinya tetapi dengan mencegahnya, kerana mencegah sesuatu penyakit daripada berlaku lebih baik daripada mengubatinya.
Oleh itu, bersabarlah dan jangan putus asa menghadapi musibah kerana itu adalah takdir daripada Allah sama ada sebagai ujian atau kifarat terhadap dosa dan kesalahan yang kita lakukan.
Berita Harian, 20 FEB 2007
Tuesday, February 20, 2007
Haram Percaya Safar Bulan Bawa Bencana
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (Berita Harian, 20 FEB 2007)
SAFAR adalah bulan kedua dalam kalendar Islam. Dalam bahasa Arab, Safar bermaksud kosong. Sudah menjadi kebiasaan orang Arab pada Safar ini, meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka kerana melaksanakan tugas penting seperti berperang, menuntut bela kematian saudara mereka, berdagang dan sebagainya.
Dalam lipatan sejarah Islam, Safar juga mencatatkan pelbagai peristiwa besar dan penting yang sewajarnya menjadi renungan bersama setiap Muslim dalam kehidupan seharian.
Di antara peristiwa penting itu ialah pernikahan Rasulullah SAW dengan Khadijah Khuwailid. Ia berlaku sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul. Safar juga menyaksikan kebenaran berperang yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah.
Peperangan pertama disertai Rasulullah SAW adalah Wudan atau Abwa' bagi menentang kekufuran. Seterusnya, peperangan Bi'r Ma'unah juga berlaku pada tahun ke-4 Hijrah, di bawah pimpinan al-Munzir 'Amr As Sa'idi.
Al-Munzir ditugaskan berdakwah dan mengajar agama Islam dan al-Quran kepada Bani 'Amir. Peperangan ini disertai 40 sahabat Rasulullah SAW.
Selain itu, Safar mencatat tragedi al-Raji'. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-3 Hijrah atau ke-4 Hijrah membabitkan tujuh sahabat baginda diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan al-Qarah.
Bagaimanapun, kaum itu mengkhianati perutusan dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama al-Raji' di daerah 'Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah).
Di antara sahabat menyertai perutusan itu adalah Khubaib 'Adi, Marthad Abi Marthad al-Ghanawiy, 'Asim Thabit dan Zaid al-Dathanah. Semua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib 'Adi yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana. Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.
Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) juga berlaku pada Safar tahun ke-7 Hijrah dengan disertai 20 sahabat wanita antaranya Ummu Salamah, Safiyah Abd Mutallib dan Ummu Aiman. Di dalam peperangan itu, seramai 15 sahabat gugur syahid manakala pada pihak Yahudi pula seramai 73 terbunuh.
Demikian antara peristiwa penting yang berlaku pada Safar dirakamkan oleh sejarawan untuk dijadikan bahan pengajaran kepada umat Islam.
Bagaimanapun, masih terdapat sebahagian umat Islam terutama yang lemah akidah mempercayai kepada sempena baik, prasangka buruk atau nahas terhadap Safar ini, khususnya pada Rabu akhir bulan.
Lebih malang lagi, mereka percaya bahawa pada Safar ini, Allah akan menurunkan puluhan ribu bala yang akan menimpa umat manusia, sedangkan bala sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila masa yang dikehendaki Allah.
Justeru, berdasarkan kepercayaan karut itu, ada umat Islam yang menulis ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk yang kemudian diletakkan di dalam tempayan atau kolam atau perigi atau seumpamanya untuk diminum atau mandi konon untuk mendapatkan perlindungan daripada bala buruk pada hari itu.
Perlu ditegaskan bahawa kepercayaan karut seumpama itu berpunca daripada amalan atau kepercayaan jahiliah yang dilarang Islam. Sehubungan itu, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta seperti kamu melarikan diri daripada singa yang bengis.” (Hadis riwayat Bukhari)
Maksud hadis Rasulullah SAW jelas menegaskan bahawa jangan sekali-kali umat Islam beriktikad penyakit yang berjangkit boleh memberi kesan dengan sendirinya atau sangkaan sial majal atau nahas Safar itu berupaya memudaratkan kehidupan manusia.
Sebaliknya, apa juga peristiwa buruk atau baik, berjangkit atau tidak sesuatu penyakit itu, semuanya adalah daripada kekuasaan dan kehendak Allah belaka.
Pada masa sama, Rasulullah SAW juga berpesan kepada setiap Muslim supaya mengambil langkah berwaspada ketika berhadapan sesuatu musibah dengan memerintahkan mereka melarikan diri daripada pesakit kusta dan janganlah menghampiri mereka.
Ia bukan bererti bahawa penyakit kusta boleh berjangkit dan memudaratkan orang ramai, sebaliknya larangan itu menyingkap suatu tindakan berjaga-jaga dan berusaha untuk memelihara diri daripada meletakkan diri ke kancah bahaya dan kemusnahan.
Bukankah Allah berfirman yang bermaksud: “Belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan perelokkanlah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Berdasarkan keterangan nas itu, nyatalah bahawa apa yang dipercayai dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam selama ini, iaitu kepercayaan Safar adalah bulan nahas atau sial, burung hantu burung sial dan seumpamanya adalah kepercayaan karut dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Begitu juga upacara atau pesta mandi laut, bersuka ria dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas kononnya untuk mengelakkan diri daripada bala Safar bertukar wajah sebagai pesta menambah dosa dan mencari bala kerana kadang-kadang ada yang mati lemas akibat kelalaian sendiri, malah ada yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk ketika pesta berkenaan.
Selain itu, terdapat juga orang tua di negara ini yang tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan atau majlis keramaian pada Safar kerana dikhuatiri pengantin tidak akan mendapat zuriat atau tidak bahagia.
Kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah. Dalam keadaan tertentu, ia boleh menyebabkan seseorang menjadi syirik kerana percaya kepada bulan, bukannya pada kuasa Allah.
Sebenarnya, nahas atau bala bencana itu tidak berlaku hanya pada Safar. Kepercayaan karut itu amat jelas ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh Islam.
Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah at-Taubah, ayat 51)

Kikis Kepercayaan Safar Merupakan Bulan Sial
Oleh W. RAHIMAH DERAMAN (Utusan Malaysia, 20 FEB 2007)
BERLALU sudah 3O hari Muharam di tahun baru Hijrah 1428. Kini giliran Safar meneruskan tempoh 29 hari berikutnya.
Jika Muharam bermula niat, azam dan tekad baru untuk menghijrahkan diri pada keimanan, apa pula cerita di bulan kedua dalam kalendar Hijrah bagi tahun Qamariah dalam Islam, iaitu bulan Safar ini?
Benarkah bulan Safar bulan musibah? Masih wujud lagikah amalan, adab dan budaya khurafat yang menjurus pada kufur serta syirik di kalangan umat Islam pada setiap datangnya Safar?
Cerita mengenai amalan budaya Arab jahiliyah yang meresap dalam masyarakat Melayu kuno itu terus berulang tiap kali berlalunya Muharam.
Malah, amalan khurafat dan mitos bulan Safar bagi yang jahil dan batil mengenai Islam itu dikatakan terus dilakukan segelintir Muslim yang rigid dengan adab dan budaya tinggalan kuno itu.
Jika benar, segeralah hentikan dengan beristighfar dan mohon keampunan pada Allah s.w.t. agar azam berhijrah pada keimanan awal Muharam lalu terus terpelihara. Perlu diingat amalan sebegini akan menjerumuskan Muslim pada kekufuran dan syirik.
Soalnya, mengapa bulan Safar terus dikaitkan dengan adat, budaya dan kepercayaan khurafat, tahyul serta bidaah dengan menyifatkannya sebagai bulan sial dan penuh malapetaka.
Adakah setiap musibah atau bencana yang berlaku itu hanya di bulan Safar? Jika demikian, bagaimana dengan banjir besar dalam dua fasa di Johor yang lalu dan pelbagai bencana menggemparkan yang melanda seluruh ummah sepanjang 11 bulan lain pada setiap tahun?
Logik akal sudah menjelaskan betapa dangkal, batil dan jahilnya pengamal adat, budaya dan kepercayaan karut marut sedemikian.
Mitos mengenai legenda Safar sebagai bulan sial dengan pelbagai amalan khurafat untuk menolak bala sepatutnya tidak wujud lagi. Begitu juga amalan lain yang bercanggah dengan tuntutan al-Quran dan al-sunah.
Dalam kehidupan moden serba canggih hasil kemajuan dan perkembangan ilmu sekarang, umat Islam mesti membebaskan diri dari belenggu tahyul dan khurafat.
Malah, sejak awal lagi Islam menegah apa juga amalan, adat mahupun budaya yang menjurus kepada khurafat dan tahyul kerana ia merosak dan memesongkan akidah serta syariah Islam.
Allah s.w.t. menegaskan dalam firma-Nya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (at-Taghaabun: 11).
Al-Quran sebaliknya meninggikan martabat dan memuliakan bulan-bulan tertentu dengan janji fadilat berganda ke atas mukmin yang menjauhi kemungkaran dan kemaksiatan sama ada sesama manusia apa lagi terhadap Allah s.w.t.
Namun, anggapan Safar sebagai bulan sial dengan mengadakan pelbagai acara ritual untuk menolak bala antara adat, budaya dan amalan khurafat serta tahyul yang terus membelenggu sekelumit Muslim.
Amalan mandi Safar untuk tolak bala dan hapus dosa ini bukan sahaja karut malah dikatakan ada hubung kait dengan kepercayaan penganut Hindu melalui ritual Sangam yang mengadakan upacara penghapusan dosa melalui pesta mandi di sungai.
Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Salleh ketika diminta mengulas perkara ini berkata, tiada amalan istimewa atau tertentu yang dikhususkan untuk dirai pada bulan Safar sama ada berdasarkan ayat-ayat al-Quran, sunah Rasulullah s.a.w., sahabat mahupun para salafussoleh (para tabie).
“Amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat harian yang diamalkan sepanjang masa di bulan-bulan yang lain,” katanya.
Menurutnya, kepercayaan mengenai perkara sial atau bala pada sesuatu hari, bulan dan tempat itu merupakan kepercayaan orang jahiliah sebelum kedatangan Islam.
Malah tambah beliau, upacara mandi sungai atau pantai di bulan Safar ini berpunca dari kepercayaan nenek moyang terdahulu dan dikatakan ada kaitan dengan upacara keagamaan Hindu.
Dalam hubungan ini kata Rashid Redza, Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiada jangkitan dan tiada keburukan binatang terbang dan tiada kesialan bulan Safar dan larilah (jauhkan diri) daripada penyakit kusta seperti mana kamu melarikan diri dari seekor singa. (riwayat Bukhari)
Sementara itu, Mufti Negeri Sabah, Datuk Ahmad Alawi Adnan pula berkata, orang Islam yang jahil dan tidak kuat pegangan akidah akan terpengaruh dengan kepercayaan ini dan seterusnya melakukan upacara khurafat sedemikian.
“Khurafat bulan Safar masih berlaku kalangan segelintir Muslim di Sabah yang jahil dan tidak faham mengenai tentang ilmu agama,” katanya.
Menurut Ahmad Alawi, aktiviti karut dan khurafat ini seolah-olah jalan penyelesaian untuk mengelak mudarat sedangkan ia bertentangan dengan syarak dan akidah Islam.
Mengenai bulan Safar
1. Bulan kedua dalam kalendar Islam berdasarkan tahun Qamariah.
2. Safar bererti kosong (safir), kerana kebiasaan orang-orang Arab (jahiliah) meninggalkan rumah dan kampong untuk berperang serta membalas dendam terhadap musuh.
3. Berlaku peperangan al-Abwa’ atau Wuddan (tahun kedua Hijrah).
4. Terjadinya peperangan Zi-Amin (tahun ketiga Hijrah).
5. Terjadi peperangan (intipan) Ar-Raji’ atau Bi’ru-Ma’unah (tahun keempat Hijrah).
6. Arab jahiliah menjadikan bulan Safar sebagai bulan haram dan bulan Muharam bulan halal berperang (Islam memuliakan Muharam dengan mengharamkan peperangan).
Ingatan dan nasihat mufti
- Budaya dan amalan khurafat (Safar khususnya) adalah tidak beradab dan bercanggah dengan Islam.
- Amalan khurafat merosakkan akidah.
- Amalan khurafat selama-lamanya tidak boleh seiring dengan syariat Islam yang bersumberkan dalil dan nas yang murni.
- Merupakan tinggalan adab dan budaya yang jadi amalan masyarakat Arab Jahiliah.
- Khurafat tidak ada kaitan dengan sunah atau kelebihan bulan Safar.
- Suatu kesalahan jika menyandarkan Allah s.w.t. dengan sesuatu keburukan dan kejahatan.
- Khurafat adalah kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan perbuatan dan kejadian alam sekeliling mengikut hawa nafsu dan pengaruh syaitan.
- Segala pantang larang dan adat bulan Safar menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.
- Setiap Muslim mesti diberi dan mencari ilmu serta memahami tentang akidah Islam secara berterusan.
- Penguatkuasaan dan tindakan undang-undang syariah ke atas pengamal khurafat perlu terus dipertingkatkan.
- Hukuman maksimum dikenakan jika disabitkan dengan kesalahan.
- Media perlu mainkan peranan menjelaskan kepada masyarakat Islam.
- Pendidikan perlu ditingkatkan termasuk melalui khutbah-khutbah Jumaat dan kelas-kelas takmir di masjid serta penyebaran melalui risalah.
- Sesuatu perkara, bulan dan hari tidak boleh dijadikan ibadah (amalan) tertentu melainkan ada sumber dari al-Quran dan hadis sahih.
- Tiada sumber sahih bulan Safar boleh mendatangkan bencana dan mala petaka.
1. Mandi safar;
- Berpesta mandi beramai-ramai sama ada di pantai atau sungai.
- Menolak bala dan buang sial.
- Menghapuskan dosa.
- Berarak diiringi alunan muzik.
- Tanda kesyukuran kerana Nabi Muhammad s.a.w. sembuh dari sakit berat.
- Minum air dalam mukun (pinggan tembikar) lama bertulis nama sahabat Nabi dan simbol Islam (bulan dan bintang) untuk membersihkan dalaman tubuh.
- Menulis ayat-ayat tertentu di kertas dan mandi bersamanya.
2. Melarang mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan;
- Pasangan dikhuatiri tidak kekal.
- Dibimbangi tidak mendapat zuriat.
3. Menghalang bermusafir atau berpergian jauh.
- Boleh mendatangkan bahaya atau musibah.
4. Rabu minggu terakhir bulan Safar puncak hari sial;
- Upacara ritual menolak bala dan buang sial sama ada di pantai, sungai atau rumah (Mandi Safar).
- Hadiahkan kepada diri dan keluarga dengan bacaan syahadah (3 kali), beristighfar (300 kali), ayat Kursi (7 kali), surah Al-Fil (7 kali),
- Jangan keluar rumah.
5. Membaca jampi serapah tertentu untuk menolak bala sepanjang Safar.
6. Menjamu makan makhluk halus yang dikatakan penyebab sesuatu musibah.
7. Menganggap bayi lahir bulan Safar bernasib malang;
- Perlu jalani upacara timbangan buang nasib buruk.
- Penumbuk padi, kain putih, sebekas air, seikat kayu, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda diguna semasa timbangan.
8. Mempercayai dalam perut manusia ada ‘hayyah’ (ular) yang boleh mendatangkan musibah ketika lapar.
9. Bulan Safar adalah bulan sunah. Nabi s.a.w menamakannya Safar al-Khair.
10. Safar bulan Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia.
11. Banyak kaum terdahulu yang tidak percaya kepada Allah dan Rasul telah lenyap pada bulan ini.
12. Mengamalkan membaca kalimah syahadah (3 kali) dan astaghfirullah (300 kali) sebagai pelindung bala.
13. Memberi sedekah setiap hari untuk Allah s.w.t. dengan niat menghindari musibah.
14. Membuat korban di hari ke-27 Safar untuk Allah s.w.t.
15. Baca surah Al-Fil (7 kali) dan Ayatul-Kursi (7 kali) setiap hari.
16. Ada 70,000 bala akan menimpa dunia dan hanya yang mengamalkan adab perlindungan akan diselamatkan Allah s.w.t.
Datuk Wira Rashid Redza Md. Salleh (Mufti Melaka):
“Sukar mengikis amalan khurafat Safar ini mungkin kerana ia telah menjadi adat dan warisan turun temurun sejak nenek moyang lagi.
“Pewaris adat kuno tidak beradab ini cetek dan lemah dalam pegangan agama dan mereka yang terlibat pula sukar untuk dipastikan,” katanya.
Datuk Ahmad Alawi Adnan (Mufti Sabah);
“Fatwa menghalang amalan khurafat bulan Safar pernah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah pada 18 Januari 2001. Ia sebagai panduan kepada masyarakat Islam negeri ini.
“Namun seseorang itu tidak akan mampu memberi hidayah kepada seseorang lain melainkan dengan izin Allah s.w.t.
“Harus diingat, syariat Islam tidak membatalkan semua adat dan budaya terdahulu melainkan ia menyalahi syariat,” jelasnya
Narul Hawa Ishak (siswi UPM).
“Saya tidak tahu pun wujud khurafat bulan Safar dalam orang Melayu sehinggalah diberitahu oleh guru ketika belajar mengenai amalan khurafat umat Islam.
“Agak memeranjat dan menghairankan. Kenapa ini boleh berlaku jika kita percaya dengan Islam. Bukankah Allah s.w.t. yang berkuasa ke atas setiap sesuatu,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)